Terma dan Syarat


(1) TETAMU
ASFA Homestay hanya menerima tetamu atau pengunjung MUSLIM dan yang telah SAH BERNIKAH sahaja. Kami tidak menerima jika dua (2) orang tetamu lelaki dan perempuan bukan muhrim menyewa di homestay kami.

(2) WAKTU CHECK-IN & CHECK OUT
Waktu check-in adalah mulai jam 2.00 petang dan waktu check out adalah jam 12.00 tengahari. Sekiranya tetamu ingin check-in lebih awal atau check out lewat, sila maklumkan kepada pihak kami seawal mungkin.

(3) MEMBATALKAN TEMPAHAN
Tetamu yang ingin membatalkan tempahan perlu memaklumkan kepada pihak kami sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh check-in. Sekiranya pembatalan dibuat kurang daripada 7 hari, maka deposit tidak akan dipulangkan.

(4) LAIN-LAIN
KEHILANGAN KUNCI HOMESTAY
Sekiranya kunci homestay hilang atas sebab kecuaian tetamu, pihak kami akan mengenakan denda sebanyak RM50.00.

KEROSAKAN/KEHILANGAN PERABOT ATAU PERALATAN LAIN DI DALAM HOMESTAY
Sekiranya berlaku kerosakan/kehilangan perabot atau peralatan lain yang disediakan oleh pihak kami di dalam homestay atas sebab kecuaian tetamu, maka ganti rugi mengikut nilai barang yang rosak atau hilang itu akan dikenakan kepada tetamu.

LARANGAN MEROKOK DI DALAM HOMESTAY
Tetamu adalah dilarang merokok semasa berada di dalam homestay bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

LARANGAN MEMBAWA MASUK MAKANAN/MINUMAN BERALKOHOL & TIDAK HALAL
Tetamu dilarang membawa masuk sebarang makanan/minuman beralkohol dan tidak halal ke dalam homestay kami.


No comments:

Post a Comment

 
 
Blogger Templates